Jantung...satu organ yang berada di tengah-tengah badan kita, menghampiri pusat graviti tubuh kita...
jika kita perhatikan bagaimana susunan tubuh kita, kita akan dapat melihat bagaimana Allah swt memelihara setiap organ-organ penting tubuh kita.
jantung, terletak di dalam satu kurungan yang memeliharanya dari sebarang bahaya fizikal...kurungan ini la yang dinamakan sebagai tulang rusuk..bukan sahaja jantung (sebagai penggerak O2 dan nutrien-nutrien melalui darah kepada badan), malah hati (sebagai penapis darah), paru-paru (pembekal O2)...dan juga yang tak kurang penting, buah pinggang (penapis darah dan pengawal tekanan darah).
subhanallah, Allah menjadikan jantung kita, yang saiznya hanyalah sebesar 2 penumbuk kita sahaja, sebagai otot terkuat..sebab itu la ianya masih bergerak mengepam darah tanpa pernah berehat, sekali pun.
yang lebih hebatnya lagi, sebagai tanda kekuasaan Allah, ianya bergerak tanpa perlu kita kawal.
nama sahaja yang itu jantung kita, tapi kita sedikit pun tak mampu mengawal degupannya.
ok, macamana struktur jantung secara ringkas???
jantung ni ada 2 bahagian, kanan dan kiri...
masing-masing walaupun bersebelahan, ada fungsi yang sangat berbeza.
sebab itu la ada penyakit lemah jantung kanan...lemah jantung kiri...sebab tanda-tanda jika salah satu ada masalah, tak sama.
apakah fungsi jantung kanan dan apakah fungsi jantung kiri???
di sini kita dapat lihat bagaimana konsep islam juga terkandung di dalam sistem badan kita.
setiap perkara yang hendak dilakukan, hendaklah dimulakan dari bahagian kanan dahulu.
mula-mula saya akan bercerita tentang aliran keluar masuk darah dahulu untuk memudahkan pemahaman.
kita akan sedut O2, O2 akan masuk ke paru-paru, di sini O2 akan diserap masuk ke dalam darah dan seterusnya dibawa ke seluruh badan.
kita boleh bayangkan darah hanyalah sebagai sebuah bas yang membawa O2 dan juga nutrien-nutrien lain...
sewaktu melalui kawasan badan yang kekurangan O2, bas ini (iaitu darah) akan topupkan bekalan O2 di kawasan tersebut, dan juga sebagai gantinya, akan mengambil CO2 (iaitu bahan O2 yang telah digunakan). kesemua bahagian badan akan dilalui dan semua O2 akan diganti, CO2 akan diambil. kesemuanya akan melalui paru-paru dan kita akan membuangnya melalui sewaktu hembus nafas...sekian.
ok, jadi, ini la fungsi jantung, mengepam darah itu supaya pergi ke setiap bahagian badan kita dan pulang semula ke jantung.
bermula mula dari sini, darah yang penuh dengan CO2 akan masuk ke jantung kanan, dan jantung kanan akan mengepam darah ini ke paru-paru untuk ditambahkan bekalan O2 dan juga untuk dibuang sisa CO2.
kemudian, darah akan masuk pula ke jantung kiri, dan jantung kiri akan mengepam ke seluruh badan.
dapat lihat bagaimana bezanya mereka ???
jantung kanan hanya pam ke paru-paru, dekat jer...tetapi jantung kiri akan mengepam ke seluruh badan dan balik semula ke jantung kanan.
kesimpulannya, kita lebih berisiko mengalami gagal atau lemah jantung kiri berbanding jantung kanan (tanda sakit jantung).
lemah di sini bermaksud, jantung di satu-satu bahagian itu kurang kekuatan untuk mengepam darah, jadi darah tidak dapat dipam sampai habis seperti yang sepatutnya.
jika ini berlaku, akan terjadi 'tak balance' in-out aliran darah.
sekiranya jantung kiri bermasalah, aliran darah dari paru-paru tadi akan berkumpul, ini la yang menyebabkan pesakit dengan lemah jantung kiri, mengalami paru-edema (paru-paru bengkak @ pulmonary edema).
dalam bahasa melayu orang kita pula, lebih dikenali sebagai paru-paru berair.
sekiranya lemah jantung kanan pula, sebab jantung kiri akan pam ke seluruh badan, dan jantung kanan tak dapat pam kesemuanya dan ada baki lalu menyebabkan kesesakan darah (seperti laluan tol...jika satu tol rosak, bahagian tersebut akan penuh dengan kereta).
ini akan menyebabkan darah terkumpul di badan dan yang mudah menjadi mangsa, ialah kaki, atas faktor graviti dan jauhnya ia dari jantung. kaki pesakit akan mengalami bengkak air (peripheral edema).
fikir-fikirkan lah.
**********************************************************
# sila dapatkan e-book percuma tentang kajian UTM SKUDAI, JOHOR terhadap habbatus sauda. Link download----http://bit.ly/1uLfp6D
# sedikit testimoni dari salah satu forum Malaysia tentang keberkesanan habbatus sauda.
# fakta sebenar tentang peratus keberkesanan rawatan kanser, dari hospital ternama luar negara.
P/S : sekiranya anda rasa ilmu ini boleh bermanfaat untuk orang lain, digalakkan SHARE link ini :-
" http://rawatankanser2013.blogspot.com/ "
No comments:
Post a Comment