Popular Posts

Monday, September 7, 2015

Merawat Tekanan Darah Tinggi Cara Islam




Assalamualaikum, semoga pembaca blog saya sentiasa diberkati selalu...

Dalam post blog saya yang sebelum ini, dah dijelaskan tentang bagaimana penyakit tekanan darah tinggi (hypertension) boleh terjadi dan juga diterangkan secara santai bagaimana pengambilan garam boleh mempengaruhi tekanan darah seseorang.
untuk ke post saya yang sebelum ini, SILA KLIK SINI...

erm...bagi penghidap tekanan darah tinggi yang sepertimana kita semua tahu, puncanya ialah banyaknya kandungan garam dalam darah...
kebiasaannya, dalam kebanyakkan cara, kita diajar untuk mengawal pengambilan garam dari masuk ke dalam tubuh kita, tujuannya untuk menurunkan darah tinggi....
jadi, bagaimana pula dengan kaedah untuk mengeluarkan garam yang memang dah ada dalam tubuh kita???

jadi di sini sukalah saya berkongsi satu kaedah yang agak berkesan di dalam menyingkirkan garam di dalam tubuh kita...cuba search di youtube, video2 ceramah yang mampu buat air mata kita mengalir bercucuran (selalunya berkaitan keinsafan dan pemergian kedua orang tua kita), hayati video tersebut...saya juga amalkan perkara ni setiap pagi...garam berkurang melalui pengeluaran air mata, keinsafan kita pada Allah pun bertambah.


yang saya perasan, setiap pagi selepas 'menangis' di depan laptop, kita akan rasa ketenangan yang amat sangat...
badan kita akan mengeluarkan satu hormon yang berfungsi mewujudkan perasaan tenang dan gembira.
para sahabat nabi dahulu, setiap kali mereka beribadah pada Allah, akan menitis air mata mereka, bersungguh-sungguh mereka mengharapkan keampunan Allah...

semoga ilmu yang tak seberapa ini dapatlah dikongsi bersama...

ini penting di dalam meningkatkan proses penyembuhan badan...
sebab itulah, pada zaman dahulu, umat Islam amat susah jatuh sakit...malah semasa di dalam peperangan juga, ketahanan tubuh badan para pejuang Islam amat dikagumi para musuh.

beserta ini juga, saya sertakan link video yang berjaya membuat saya 'menitis' air mata setiap pagi :-





**********************************************************


# sila dapatkan e-book percuma tentang kajian UTM SKUDAI, JOHOR terhadap habbatus sauda. Link download----http://bit.ly/1uLfp6D


# sedikit testimoni dari salah satu forum Malaysia tentang keberkesanan habbatus sauda.



# fakta sebenar tentang peratus keberkesanan rawatan kanser, dari hospital ternama luar negara.



P/S : sekiranya anda rasa ilmu ini boleh bermanfaat untuk orang lain, digalakkan SHARE link ini :-

http://rawatankanser2013.blogspot.com/ "

Kencing Manis Dan Apa Kaitan Dengan Gula......Dan Juga Rasa Haus???



kencing manis atau juga dikenali sebagai diabetes mellitus a.k.a diabetes, ringkasnya bermaksud kencing kita mengandungi gula...tak gitu ???
ini bermakna, kandungan gula dalam badan kita dah melebihi dari keperluan sehingga badan tidak memerlukannya lalu dibuangnya melalui urin (air kencing) ???
adakah itu yang kita faham selama ini ???
yup,betul, tapi tak betul 100%.

pernah lihat pesakit diabetes diuji kadar gulanya ???
hujung jarinya dicucuk dan satu stick akan digunakan untuk mengambil setitik sampel darah dan dari situ, beberapa saat kemudian, bacaan gula dapat diketahui...
dari sini, dapat kita faham bahawa,kencing manis atau diabetes mellitus bermaksud, kandungan gula banyak dalam darah, bukannya pada tisu-tisu badan atau bahagian lainnya.

dalam badan kita ada 1 hormon yang dipanggil insulin, yang mana tugasnya ialah mengambil gula yang telah berada dalam darah kita dan membawanya masuk ke dalam tisu badan.
p/s : untuk pengetahuan, gula adalah sumber tenaga bagi otot-otot kita dan juga makanan utama bagi otak untuk berfungsi. sebab itu la, jika terlebih gula dan tidak terkawal, akan jadi  penyakit kencing manis atau diabetes.

jadi, bagaimana kita nak mengawalnya??
jangan ambil gula atau bahan-bahan yang mengandungi unsur gula langsung???
bijak kan,idea tu..???

tapi, sesungguhnya Allah ciptakan kita semua dengan sifat sederhana....
sekiranya kurang gula dari tahap normal (hypoglycaemia), pesakit akan menjadi koma dan boleh membawa maut jika tak dirawat segera...sangat-sangat segera..
jadi, mana yang kita nak...koma atau diabetes???
ini adalah kerana otak tak dapat berfungsi tanpa gula.


tentang insulin tadi, saya terangkan secara ringkas, andaikan kita secara normal mengambil 8 gula, dan dalam badan kita juga mengandungi 8 insulin, setiap satu insulin hanya dapat mengambil 1 gula sahaja untuk dibawa masuk ke dalam tisu badan. maka gula yang tinggal di dalam darah ialah 'kosong'.
tetapi, bagi pesakit diabetes, bukanlah disebabkan ambil gula yang banyak, tetapi disebabkan jumlah insulin yang tidak mencukupi.

jika kita ambil 8 gula dan jumlah insulin tadi ialah 5, maka gula yang tinggal dalam darah ialah 3. ini untuk hari ini, sekiranya berulang lagi untuk makan tengah hari dan makan malam, maka jumlah yang baki akan makin bertambah. dari 3 menjadi 6, dari 6 menjadi 9, begitu la seterusnya.
tetapi Allah menjadikan badan kita ini sempurna dengan sistemnya...
bila badan dapat mengesan jumlah gula yang tinggi dalam darah, maka ianya akan cuba dikeluarkan melalui urin.
bayangkan pula air yang bercampur gula yang banyak, pasti la melekit jadinya kawasan tersebut.
ini la juga yang berlaku di buah pinggang kita dan di pundi kencing (tempat penakungan air kencing) kita.

badan dapat kesan perubahan ini, maka lebih banyak lagi air dari badan kita akan dikeluarkan melalui buah pinggang...tujuannya ialah supaya kesan melekit itu dapat dibersihkan.
kesannya, pesakit diabetes akan kerap kencing....
lagi, air dah banyak keluar dari badan, badan akan kurang air...jadi otak akan hantar signal 'haus' pada kita...ini juga la salah salah satu tanda-tanda pesakit diabetes...kerap dahaga.
di sini, kita dapat lihat, bagaimana buah pinggang terpaksa kerja keras...jadi, untuk jangka masa panjang, buah pinggang akan gagal beroperasi (syukur kita ada 2 buah pinggang).

bagaimana pula tanda-tanda pesakit diabetes, lukanya lambat sembuh???
ingat, darah + gula akan menghasilkan darah yang melekit...peredaran darah tidak selancar biasa...juga tidak dapat pergi ke bahagian-bahagian yang lebih sempit...lalu menyebabkan zat-zat penyembuh juga tidak dapat dihantar dengan berkesan....ini la jawapannya.

kesimpulan, pesakit diabetes hendaklah mengawal kadar gula dan perhatikan tanda-tanda yang badan kita cuba bagitahu pada kita....kembalilah pada perubatan yang telah terbukti berkesan...bukan ucapan dari sebarang manusia, tetapi dari Nabi yang diutuskan Allah. kita percaya pada bukti-bukti kebenaran al-Quran, sejak akhir-akhir ini banyak yang telah terbukti benar...tetapi bila bab perubatan, kenapa kita tidak ada kepercayaan yang sama??
fikir-fikirkan lah.


**********************************************************

# sila dapatkan e-book percuma tentang kajian UTM SKUDAI, JOHOR terhadap habbatus sauda. Link download----http://bit.ly/1uLfp6D


# sedikit testimoni dari salah satu forum Malaysia tentang keberkesanan habbatus sauda.


# fakta sebenar tentang peratus keberkesanan rawatan kanser, dari hospital ternama luar negara.


P/S : sekiranya anda rasa ilmu ini boleh bermanfaat untuk orang lain, digalakkan SHARE link ini :-
http://rawatankanser2013.blogspot.com/ "

Mari Kenali Bagaimana Jantung Berfungsi...


Jantung...satu organ yang berada di tengah-tengah badan kita, menghampiri pusat graviti tubuh kita...
jika kita perhatikan bagaimana susunan tubuh kita, kita akan dapat melihat bagaimana Allah swt memelihara setiap organ-organ penting tubuh kita.

jantung, terletak di dalam satu kurungan yang memeliharanya dari sebarang bahaya fizikal...kurungan ini la yang dinamakan sebagai tulang rusuk..bukan sahaja jantung (sebagai penggerak O2 dan nutrien-nutrien melalui darah kepada badan), malah hati (sebagai penapis darah), paru-paru (pembekal O2)...dan juga yang tak kurang penting, buah pinggang (penapis darah dan pengawal tekanan darah).

subhanallah, Allah menjadikan jantung kita, yang saiznya hanyalah sebesar 2 penumbuk kita sahaja, sebagai otot terkuat..sebab itu la ianya masih bergerak mengepam darah tanpa pernah berehat, sekali pun.
yang lebih hebatnya lagi, sebagai tanda kekuasaan Allah, ianya bergerak tanpa perlu kita kawal.
nama sahaja yang itu jantung kita, tapi kita sedikit pun tak mampu mengawal degupannya.


ok, macamana struktur jantung secara ringkas???
jantung ni ada 2 bahagian, kanan dan kiri...
masing-masing walaupun bersebelahan, ada fungsi yang sangat berbeza.
sebab itu la ada penyakit lemah jantung kanan...lemah jantung kiri...sebab tanda-tanda jika salah satu ada masalah, tak sama.

apakah fungsi jantung kanan dan apakah fungsi jantung kiri???
di sini kita dapat lihat bagaimana konsep islam juga terkandung di dalam sistem badan kita.
setiap perkara yang hendak dilakukan, hendaklah dimulakan dari bahagian kanan dahulu.
mula-mula saya akan bercerita tentang aliran keluar masuk darah dahulu untuk memudahkan pemahaman.

kita akan sedut O2, O2 akan masuk ke paru-paru, di sini O2 akan diserap masuk ke dalam darah dan seterusnya dibawa ke seluruh badan.
kita boleh bayangkan darah hanyalah sebagai sebuah bas yang membawa O2 dan juga nutrien-nutrien lain...
sewaktu melalui kawasan badan yang kekurangan O2, bas ini (iaitu darah) akan topupkan bekalan O2 di kawasan tersebut, dan juga sebagai gantinya, akan mengambil CO2 (iaitu bahan O2 yang telah digunakan). kesemua bahagian badan akan dilalui dan semua O2 akan diganti, CO2 akan diambil. kesemuanya akan melalui paru-paru dan kita akan membuangnya melalui sewaktu hembus nafas...sekian.

ok, jadi, ini la fungsi jantung, mengepam darah itu supaya pergi ke setiap bahagian badan kita dan pulang semula ke jantung.
bermula mula dari sini, darah yang penuh dengan CO2 akan masuk ke jantung kanan, dan jantung kanan akan mengepam darah ini ke paru-paru untuk ditambahkan bekalan O2 dan juga untuk dibuang sisa CO2.
kemudian, darah akan masuk pula ke jantung kiri, dan jantung kiri akan mengepam ke seluruh badan.
dapat lihat bagaimana bezanya mereka ???


jantung kanan hanya pam ke paru-paru, dekat jer...tetapi jantung kiri akan mengepam ke seluruh badan dan balik semula ke jantung kanan.
kesimpulannya, kita lebih berisiko mengalami gagal atau lemah jantung kiri berbanding jantung kanan (tanda sakit jantung).

lemah di sini bermaksud, jantung di satu-satu bahagian itu kurang kekuatan untuk mengepam darah, jadi darah tidak dapat dipam sampai habis seperti yang sepatutnya.
jika ini berlaku, akan terjadi 'tak balance' in-out aliran darah.
sekiranya jantung kiri bermasalah, aliran darah dari paru-paru tadi akan berkumpul, ini la yang menyebabkan pesakit dengan lemah jantung kiri, mengalami paru-edema (paru-paru bengkak @ pulmonary edema).

dalam bahasa melayu orang kita pula, lebih dikenali sebagai paru-paru berair.
sekiranya lemah jantung kanan pula, sebab jantung kiri akan pam ke seluruh badan, dan jantung kanan tak dapat pam kesemuanya dan ada baki lalu menyebabkan kesesakan darah (seperti laluan tol...jika satu tol rosak, bahagian tersebut akan penuh dengan kereta).
ini akan menyebabkan darah terkumpul di badan dan yang mudah menjadi mangsa, ialah kaki, atas faktor graviti dan jauhnya ia dari jantung. kaki pesakit akan mengalami bengkak air (peripheral edema).

fikir-fikirkan lah.



**********************************************************

# sila dapatkan e-book percuma tentang kajian UTM SKUDAI, JOHOR terhadap habbatus sauda. Link download----http://bit.ly/1uLfp6D


# sedikit testimoni dari salah satu forum Malaysia tentang keberkesanan habbatus sauda.


# fakta sebenar tentang peratus keberkesanan rawatan kanser, dari hospital ternama luar negara.


P/S : sekiranya anda rasa ilmu ini boleh bermanfaat untuk orang lain, digalakkan SHARE link ini :-
http://rawatankanser2013.blogspot.com/ "

Tekanan Darah Tinggi + Garam ???

Apakah itu tekanan darah tinggi dan apakah kaitannya dengan garam ????



tekanan darah tinggi diperiksa berdasarkan tekanan darah kita pada dinding salur darah kita....semakin kuat tekanan darah, maka semakin tinggi tekanan.
tekanan darah yang normal ialah 120mmhg sehingga 140mmhg.
ini la tekanan yang selalu ada pada dinding salur darah kita.

untuk tekanan darah tinggi, ini adalah disebabkan 2 perkara, terlalu banyak cecair dalam darah..dan satu lagi ialah, dinding salur darah kita yang tidak elastik lagi..ini selalunya dikaitkan dengan faktor usia..sebab itu la golongan yang sudah berusia selalu dikaitkan dengan tekanan darah tinggi.
ok, bagaimana yang dimaksudkan dengan banyaknya cecair dalam darah sehingga menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi ???

bayangkan satu paip getah yang selalu golongan lelaki gunakan untuk mencuci kereta..
sekiranya kepala paip hanya mengeluarkan sedikit sahaja air, maka tekanan pada dinding salur getah itu hanyalah sedikit..tetapi jika kita buka air itu semaksimumnya, tekanan menjadi tinggi, malah kadang-kadang salur getah itu pun boleh tercabut dari kepala pili.

satu lagi contoh, masih lagi berkaitan salur getah..jika getah yang kita gunakan bersifat elastik (bermaksud golongan muda dan rajin bersenam), sekiranya tekanan air menjadi tinggi, salur paip itu akan mengembang dan menyerap tekanan air tersebut...ini akan jadi berbeza jika salur getah itu keras...boleh pecah dibuatnya jika tekanan terlampau tinggi.



penerangan terakhir, apakah kaitannya pula dengan garam??
bagaimanakah garam berfungsi??
pernah lihat ikan masin dijemur??
mengapa ditaruk garam padanya??
ini adalah kerana garam berfungsi untuk menarik air datang padanya....
untuk kita, sekiranya kita makan banyak garam, maka dalam darah (diulangi..darah) kita akan ada garam.

garam akan menarik cecair datang padanya...lalu menyebabkan darah + cecair menjadi banyak.
dari mana datangnya cecair tersebut???
dari tisu-tisu badan kita...apabila otak mengesan tisu kita kekurangan cecair, ini akan menyebabkan otak hantar signal 'dahaga', dan kita akan minum air...proses ini akan berulang dengan garam akan menarik air masuk ke dalam darah...dan kita akan tetap mudah haus.
ini la sebabnya pesakit darah tinggi mudah haus...

digalakkan menggantikan garam masak kita dengan garam bukit..kerana ianya berkhasiat dan mempunyai kandungan pottasium yang diperlukan badan kita (pottasium mudah terlerai bila dikenakan suhu yang tinggi, sebaiknya diletakkan apabila selesai masak).
garam masak yang kita guna itu cumalah sebatian kimia yang dinamakan sodium dan tiada khasiat selain menyedapkan rasa masakan.

rumusan akhir sekali ialah, banyakkan aktiviti regangan (untuk lembutkan salur darah kita), juga banyakkan minum air, untuk mudahkan badan kita menyingkirkan garam melalui air kencing.


**********************************************************

# sila dapatkan e-book percuma tentang kajian UTM SKUDAI, JOHOR terhadap habbatus sauda. Link download----http://bit.ly/1uLfp6D


# sedikit testimoni dari salah satu forum Malaysia tentang keberkesanan habbatus sauda.


# fakta sebenar tentang peratus keberkesanan rawatan kanser, dari hospital ternama luar negara.


P/S : sekiranya anda rasa ilmu ini boleh bermanfaat untuk orang lain, digalakkan SHARE link ini :-
http://rawatankanser2013.blogspot.com/ "

TERGEMPAR - hospital ternama luar negara mendedahkan hakikat sebenar rawatan kanser yang tidak effektif.



LATEST CANCER INFORMATION
from Johns Hopkins ( link rujukan :
http://bit.ly/1zLTHoo )
AFTER YEARS OF TELLING PEOPLE CHEMOTHERAPY IS THE ONLY WAY TO TRY AND ELIMINATE CANCER, JOHNS HOPKINS IS FINALLY STARTING TO TELL YOU THERE IS AN ALTERNATIVE WAY …
1. Every person has cancer cells in the body. These cancer cells do not show up in the standard tests until they have multiplied to a few billion. When doctors tell cancer patients that there are no more cancer cells in their bodies after treatment, it just means the tests are unable to detect the cancer cells because they have not reached the detectable size.
2. Cancer cells occur between 6 to more than 10 times in a person’s lifetime.
3. When the person’s immune system is strong the cancer cells will be destroyed and prevented from multiplying and forming tumors.
4. When a person has cancer it indicates the person has multiple nutritional deficiencies. These could be due to genetic, environmental, food and lifestyle factors.
5. To overcome the multiple nutritional deficiencies, changing diet and including supplements will strengthen the immune system.
6. Chemotherapy involves poisoning the rapidly-growing cancer cells and also destroys rapidly-growing healthy cells in the bone marrow, gastro-intestinal tract etc, and can cause organ damage, like liver, kidneys, heart, lungs etc.
7. Radiation while destroying cancer cells also burns, scars and damages healthy cells, tissues and organs.
8. Initial treatment with chemotherapy and radiation will often reduce tumor size. However prolonged use of chemotherapy and radiation do not result in more tumor destruction.
9. When the body has too much toxic burden from chemotherapy and radiation the immune system is either compromised or destroyed, hence the person can succumb to various kinds of infections and complications.
10. Chemotherapy and radiation can cause cancer cells to mutate and become resistant and difficult to destroy. Surgery can also cause cancer cells to spread to other sites.
11. An effective way to battle cancer is to STARVE the cancer cells by not feeding it with foods it needs to multiple.




What cancer cells feed on :

a. Sugar is a cancer-feeder. By cutting off sugar it cuts off one important food supply to the cancer cells. Note:Sugar substitutes like NutraSweet, Equal, Spoonful, etc are made with Aspartame and it is harmful. A better natural substitute would be Manuka honey or molasses but only in very small amounts. Table salt has a chemical added to make it white in colour. Better alternative is Bragg’s aminos or sea salt.

b. Milk causes the body to produce mucus, especially in the gastro-intestinal tract. Cancer feeds on mucus. By cutting off milk and substituting with unsweetened soy milk, cancer cells will starved.

c. Cancer cells thrive in an acid environment. A meat-based diet is acidic and it is best to eat fish, and a little chicken rather than beef or pork. Meat also contains livestock antibiotics, growth hormones and parasites, which are all harmful, especially to people with cancer.

d. A diet made of 80% fresh vegetables and juice, whole grains, seeds, nuts and a little fruits help put the body into an alkaline environment. About 20% can be from cooked food including beans. Fresh vegetable juices provide live enzymes that are easily absorbed and reach down to cellular levels within 15 minutes t o nourish and enhance growth of healthy cells.
To obtain live enzymes for building healthy cells try and drink fresh vegetable juice (most vegetables including bean sprouts) and eat some raw vegetables 2 or 3 times a day. Enzymes are destroyed at temperatures of 104 degrees F (40 degrees C).

e. Avoid coffee, tea, and chocolate, which have high caffeine. Green tea is a better alternative and has cancer-fighting properties. Water–best to drink purified water, or filtered, to avoid known toxins and heavy metals in tap water. Distilled water is acidic, avoid it.

12. Meat protein is difficult to digest and requires a lot of digestive enzymes. Undigested meat remaining in the intestines will become putrified and leads to more toxic buildup.

13. Cancer cell walls have a tough protein covering. By refraining from or eating less meat it frees more enzymes to attack the protein walls of cancer cells and allows the body’s killer cells to destroy the cancer cells.

14. Some supplements build up the immune system (IP6, Flor-ssence, Essiac, anti-oxidants, vitamins, minerals, EFAs etc.) to enable the body’s own killer cells to destroy cancer cells. Other supplements like vitamin E are known to cause apoptosis, or programmed cell death, the body’s normal method of disposing of damaged, unwanted, or unneeded cells.

15. Cancer is a disease of the mind, body, and spirit. A proactive and positive spirit will help the cancer warrior be a survivor.
Anger, unforgiving and bitterness put the body into a stressful and acidic environment. Learn to have a loving and forgiving spirit. Learn to relax and enjoy life.

16. Cancer cells cannot thrive in an oxygenated environment. Exercising daily, and deep breathing help to get more oxygen down to the cellular level. Oxygen therapy is another means employed to destroy cancer cells.



 -------------------------------------------------------------------------------------------------------



# sila dapatkan e-book percuma tentang kajian UTM SKUDAI, JOHOR terhadap habbatus sauda. Link download----http://bit.ly/1uLfp6D


# sedikit testimoni dari salah satu forum Malaysia tentang keberkesanan habbatus sauda.


# fakta sebenar tentang peratus keberkesanan rawatan kanser, dari hospital ternama luar negara.


P/S : sekiranya anda rasa ilmu ini boleh bermanfaat untuk orang lain, digalakkan SHARE link ini :-
http://rawatankanser2013.blogspot.com/ "

Mudahnya Menjemput Rezeki

TAJUK BUKU : MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

Mudahnya Menjemput Rezeki, itulah tajuk yang diberikan pada buku hasil tulisan saudara Fathuri Salehuddin.

Mungkin ada sesetengah dari kita yang pernah mendengar tentang buku ini, yang mula menjadi fenomena di kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Agak sukar didapati di kedai, tetapi amat berharga untuk dimiliki.
Inilah komen jujur dari saya tentang hasil tulisan saudara se-Islam kita ini.

Saya mula mengetahui tentang kewujudannya sejak dari bulan 4, tahun 2013, tapi buat tak tahu sahaja, kerana menganggap ianya sama sahaja dengan berpuluh-puluh buku bisnes yang pernah saya baca.
Yup, saya mengaku, agak banyak buku tentang bisnes yang saya baca, dan secara asasnya menceritakan perkara yang hampir sama.

Tetapi sejak pertama kali membaca muka surat pertama buku ini, hati ini tersentuh dengan gaya penyampaian penulis yang begitu berhikmah menyampaikan ilmu Allah yang ada padanya.
Segala yang saya pernah baca tentang 'mencari duit', bisnes, simpanan dan pelaburan, semuanya kini seolah-olah di'reset' semula.
Seolah-olah tersedar dari mimpi, betapa dunia ini telah mengaburi kita mengenal hakikat tentang rezeki yang Allah kurniakan.

" Tahukah anda, untuk mendapat rezeki sememangnya sangat mudah apabila kena caranya? Malah, sumber datangnya tidak disangka-sangka.
Mudahnya Menjemput Rezeki merungkai rahsia mudah untuk mendapat rezeki. 
Ia dikongsi oleh penulis yang telah mengalami 'peristiwa mendapat rezeki' daripada Maha Pemberi Rezeki dengan mekanisme yang tertentu. 
Ikutilah rahsianya ! "




Agak sukar untuk mencari buku ini, malah saya sendiri agak lama juga baru dapat berjumpa kedainya. Itupun, keesokan harinya, buku ini telah habis dijual. Ingatkan bolehlah dihadiahkan pada anak maklang saya sempena kelahiran anaknya yang pertama nanti.
Mungkin pembaca di luar sana juga menghadapi masalah yang sama.

Sayang rasanya bila buku sebaik ini, yang mengajar kita menjemput rezeki seperti yang telah diajarkan Allah melalui al-Quran dan hadis ini, tidak sampai kepada umat islam yang lain. Kaedahnya yang ditulis di dalamnya telah terbukti benar dan berkesan.

Malah, ianya mula menjadi fenomena apabila dijadikan hadiah di majlis-majlis besar, majlis perkahwinan dan yang seumpamanya.
Kita mengajak manusia melakukan kebaikan, maka pahalanya juga dapat pada kita, rezeki juga bertambah.

Bagi sesiapa yang ingin saya tolong belikan buku Mudahnya Menjemput Rezeki ini di tempat saya, bolehlah e-mail saya dan saya akan berikan maklumat lanjut.


*********************************************************************************

# sila dapatkan e-book percuma tentang kajian UTM SKUDAI, JOHOR terhadap habbatus sauda. Link download----http://bit.ly/1uLfp6D


# sedikit testimoni dari salah satu forum Malaysia tentang keberkesanan habbatus sauda.


# fakta sebenar tentang peratus keberkesanan rawatan kanser, dari hospital ternama luar negara.


P/S : sekiranya anda rasa ilmu ini boleh bermanfaat untuk orang lain, digalakkan SHARE link ini :-
http://rawatankanser2013.blogspot.com/ "

ARTIKEL MENARIK MENGENAI KAEDAH RAWATAN DI NEGARA JEPUN...

MINUM AIR SEWAKTU PERUT KOSONG
(artikel asal luar negara ini telah saya 'google translate' kan)



Ia adalah teknik yang sangat popular di Jepun untuk minum air sebelum makan serta-merta selepas bangun dari tidur setiap pagi. Tambahan pula , ujian saintifik telah membuktikan nilainya. Kami menerbitkan di bawah penerangan penggunaan air untuk para pembaca kami. Bagi penyakit lama dan serius serta penyakit moden, rawatan air telah didapati berjaya oleh masyarakat perubatan Jepun sebagai penyembuh 100% untuk penyakit berikut:-

Sakit kepala, sistem jantung, sakit badan , artritis , degupan jantung yang pantas , epilepsi, kegemukan berlebihan, asma bronkitis , TB , meningitis , buah pinggang dan penyakit air kencing, muntah-muntah , gastrik, cirit-birit, buasir, kencing manis, sembelit, semua penyakit mata, rahim , kanser dan gangguan haid, hidung telinga dan penyakit tekak.

KAEDAH RAWATAN :

1. Sebaik sahaja anda bangun pada waktu pagi sebelum memberus gigi , minum 4 x 160ml gelas air

2. Berus dan membersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa selama 45 minit

3 .. Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.

4. Selepas 15 minit sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam jangan makan atau minum apa-apa selama 2 jam

5. Mereka yang tua atau sakit dan tidak dapat minum 4 gelas air pada awal boleh memulakan dengan mengambil sedikit air dan secara beransur-ansur meningkatkannya kepada 4 gelas setiap hari.

6. Kaedah rawatan di atas akan menyembuhkan penyakit para pesakit dan membolehkan menikmati kehidupan yang sihat.

Senarai berikut menunjukkan bilangan hari rawatan yang diperlukan untuk menyembuhkan / kawalan / mengurangkan penyakit utama:

1. Tekanan Darah Tinggi (30 hari)
2. Gastrik ( 10 hari)
3. Diabetes (30 hari)
4. Sembelit ( 10 hari)
5. Kanser (180 hari)
6. TB ( 90 hari)
7. Pesakit artritis perlu mengikut rawatan di atas hanya untuk 3 hari pada minggu 1, dan dari minggu ke 2 dan seterusnya - setiap hari ..

Kaedah rawatan ini tidak mempunyai kesan sampingan , namun pada permulaan rawatan anda mungkin perlu untuk membuang air kecil beberapa kali.
Adalah lebih baik jika kita meneruskannya walaupun telah pulih dan menjadikan prosedur ini sebagai rutin dalam kehidupan kita.

-----------------------------------------------------------------------------------------

Kesimpulannya, Jepun sebagai negara yang sangat maju teknologi sains nya juga mengamalkan semula kaedah rawatan 'back to basic' ini, malah telah melakukan kajian terhadapnya, ini membuktikan sesuatu tentang perubatan barat yang selama ini menjadi kaedah perubatan kita sebagai rakyat Malaysia.

Mereka mengetahui sesuatu  mengenai risiko perubatan barat, namun atas dasar sesuatu, terpaksa menyembunyikannya.

Hanya kiasan sahaja yang mereka sampaikan.
Fikir-fikirkan la...


**********************************************************************************************************



# sila dapatkan e-book percuma tentang kajian UTM SKUDAI, JOHOR terhadap habbatus sauda. Link download----http://bit.ly/1uLfp6D


# sedikit testimoni dari salah satu forum Malaysia tentang keberkesanan habbatus sauda.


# fakta sebenar tentang peratus keberkesanan rawatan kanser, dari hospital ternama luar negara.


P/S : sekiranya anda rasa ilmu ini boleh bermanfaat untuk orang lain, digalakkan SHARE link ini :-

http://rawatankanser2013.blogspot.com/ "