Popular Posts

Monday, September 7, 2015

Tekanan Darah Tinggi + Garam ???

Apakah itu tekanan darah tinggi dan apakah kaitannya dengan garam ????



tekanan darah tinggi diperiksa berdasarkan tekanan darah kita pada dinding salur darah kita....semakin kuat tekanan darah, maka semakin tinggi tekanan.
tekanan darah yang normal ialah 120mmhg sehingga 140mmhg.
ini la tekanan yang selalu ada pada dinding salur darah kita.

untuk tekanan darah tinggi, ini adalah disebabkan 2 perkara, terlalu banyak cecair dalam darah..dan satu lagi ialah, dinding salur darah kita yang tidak elastik lagi..ini selalunya dikaitkan dengan faktor usia..sebab itu la golongan yang sudah berusia selalu dikaitkan dengan tekanan darah tinggi.
ok, bagaimana yang dimaksudkan dengan banyaknya cecair dalam darah sehingga menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi ???

bayangkan satu paip getah yang selalu golongan lelaki gunakan untuk mencuci kereta..
sekiranya kepala paip hanya mengeluarkan sedikit sahaja air, maka tekanan pada dinding salur getah itu hanyalah sedikit..tetapi jika kita buka air itu semaksimumnya, tekanan menjadi tinggi, malah kadang-kadang salur getah itu pun boleh tercabut dari kepala pili.

satu lagi contoh, masih lagi berkaitan salur getah..jika getah yang kita gunakan bersifat elastik (bermaksud golongan muda dan rajin bersenam), sekiranya tekanan air menjadi tinggi, salur paip itu akan mengembang dan menyerap tekanan air tersebut...ini akan jadi berbeza jika salur getah itu keras...boleh pecah dibuatnya jika tekanan terlampau tinggi.



penerangan terakhir, apakah kaitannya pula dengan garam??
bagaimanakah garam berfungsi??
pernah lihat ikan masin dijemur??
mengapa ditaruk garam padanya??
ini adalah kerana garam berfungsi untuk menarik air datang padanya....
untuk kita, sekiranya kita makan banyak garam, maka dalam darah (diulangi..darah) kita akan ada garam.

garam akan menarik cecair datang padanya...lalu menyebabkan darah + cecair menjadi banyak.
dari mana datangnya cecair tersebut???
dari tisu-tisu badan kita...apabila otak mengesan tisu kita kekurangan cecair, ini akan menyebabkan otak hantar signal 'dahaga', dan kita akan minum air...proses ini akan berulang dengan garam akan menarik air masuk ke dalam darah...dan kita akan tetap mudah haus.
ini la sebabnya pesakit darah tinggi mudah haus...

digalakkan menggantikan garam masak kita dengan garam bukit..kerana ianya berkhasiat dan mempunyai kandungan pottasium yang diperlukan badan kita (pottasium mudah terlerai bila dikenakan suhu yang tinggi, sebaiknya diletakkan apabila selesai masak).
garam masak yang kita guna itu cumalah sebatian kimia yang dinamakan sodium dan tiada khasiat selain menyedapkan rasa masakan.

rumusan akhir sekali ialah, banyakkan aktiviti regangan (untuk lembutkan salur darah kita), juga banyakkan minum air, untuk mudahkan badan kita menyingkirkan garam melalui air kencing.


**********************************************************

# sila dapatkan e-book percuma tentang kajian UTM SKUDAI, JOHOR terhadap habbatus sauda. Link download----http://bit.ly/1uLfp6D


# sedikit testimoni dari salah satu forum Malaysia tentang keberkesanan habbatus sauda.


# fakta sebenar tentang peratus keberkesanan rawatan kanser, dari hospital ternama luar negara.


P/S : sekiranya anda rasa ilmu ini boleh bermanfaat untuk orang lain, digalakkan SHARE link ini :-
http://rawatankanser2013.blogspot.com/ "

No comments:

Post a Comment