Popular Posts

Monday, September 7, 2015

Kencing Manis Dan Apa Kaitan Dengan Gula......Dan Juga Rasa Haus???



kencing manis atau juga dikenali sebagai diabetes mellitus a.k.a diabetes, ringkasnya bermaksud kencing kita mengandungi gula...tak gitu ???
ini bermakna, kandungan gula dalam badan kita dah melebihi dari keperluan sehingga badan tidak memerlukannya lalu dibuangnya melalui urin (air kencing) ???
adakah itu yang kita faham selama ini ???
yup,betul, tapi tak betul 100%.

pernah lihat pesakit diabetes diuji kadar gulanya ???
hujung jarinya dicucuk dan satu stick akan digunakan untuk mengambil setitik sampel darah dan dari situ, beberapa saat kemudian, bacaan gula dapat diketahui...
dari sini, dapat kita faham bahawa,kencing manis atau diabetes mellitus bermaksud, kandungan gula banyak dalam darah, bukannya pada tisu-tisu badan atau bahagian lainnya.

dalam badan kita ada 1 hormon yang dipanggil insulin, yang mana tugasnya ialah mengambil gula yang telah berada dalam darah kita dan membawanya masuk ke dalam tisu badan.
p/s : untuk pengetahuan, gula adalah sumber tenaga bagi otot-otot kita dan juga makanan utama bagi otak untuk berfungsi. sebab itu la, jika terlebih gula dan tidak terkawal, akan jadi  penyakit kencing manis atau diabetes.

jadi, bagaimana kita nak mengawalnya??
jangan ambil gula atau bahan-bahan yang mengandungi unsur gula langsung???
bijak kan,idea tu..???

tapi, sesungguhnya Allah ciptakan kita semua dengan sifat sederhana....
sekiranya kurang gula dari tahap normal (hypoglycaemia), pesakit akan menjadi koma dan boleh membawa maut jika tak dirawat segera...sangat-sangat segera..
jadi, mana yang kita nak...koma atau diabetes???
ini adalah kerana otak tak dapat berfungsi tanpa gula.


tentang insulin tadi, saya terangkan secara ringkas, andaikan kita secara normal mengambil 8 gula, dan dalam badan kita juga mengandungi 8 insulin, setiap satu insulin hanya dapat mengambil 1 gula sahaja untuk dibawa masuk ke dalam tisu badan. maka gula yang tinggal di dalam darah ialah 'kosong'.
tetapi, bagi pesakit diabetes, bukanlah disebabkan ambil gula yang banyak, tetapi disebabkan jumlah insulin yang tidak mencukupi.

jika kita ambil 8 gula dan jumlah insulin tadi ialah 5, maka gula yang tinggal dalam darah ialah 3. ini untuk hari ini, sekiranya berulang lagi untuk makan tengah hari dan makan malam, maka jumlah yang baki akan makin bertambah. dari 3 menjadi 6, dari 6 menjadi 9, begitu la seterusnya.
tetapi Allah menjadikan badan kita ini sempurna dengan sistemnya...
bila badan dapat mengesan jumlah gula yang tinggi dalam darah, maka ianya akan cuba dikeluarkan melalui urin.
bayangkan pula air yang bercampur gula yang banyak, pasti la melekit jadinya kawasan tersebut.
ini la juga yang berlaku di buah pinggang kita dan di pundi kencing (tempat penakungan air kencing) kita.

badan dapat kesan perubahan ini, maka lebih banyak lagi air dari badan kita akan dikeluarkan melalui buah pinggang...tujuannya ialah supaya kesan melekit itu dapat dibersihkan.
kesannya, pesakit diabetes akan kerap kencing....
lagi, air dah banyak keluar dari badan, badan akan kurang air...jadi otak akan hantar signal 'haus' pada kita...ini juga la salah salah satu tanda-tanda pesakit diabetes...kerap dahaga.
di sini, kita dapat lihat, bagaimana buah pinggang terpaksa kerja keras...jadi, untuk jangka masa panjang, buah pinggang akan gagal beroperasi (syukur kita ada 2 buah pinggang).

bagaimana pula tanda-tanda pesakit diabetes, lukanya lambat sembuh???
ingat, darah + gula akan menghasilkan darah yang melekit...peredaran darah tidak selancar biasa...juga tidak dapat pergi ke bahagian-bahagian yang lebih sempit...lalu menyebabkan zat-zat penyembuh juga tidak dapat dihantar dengan berkesan....ini la jawapannya.

kesimpulan, pesakit diabetes hendaklah mengawal kadar gula dan perhatikan tanda-tanda yang badan kita cuba bagitahu pada kita....kembalilah pada perubatan yang telah terbukti berkesan...bukan ucapan dari sebarang manusia, tetapi dari Nabi yang diutuskan Allah. kita percaya pada bukti-bukti kebenaran al-Quran, sejak akhir-akhir ini banyak yang telah terbukti benar...tetapi bila bab perubatan, kenapa kita tidak ada kepercayaan yang sama??
fikir-fikirkan lah.


**********************************************************

# sila dapatkan e-book percuma tentang kajian UTM SKUDAI, JOHOR terhadap habbatus sauda. Link download----http://bit.ly/1uLfp6D


# sedikit testimoni dari salah satu forum Malaysia tentang keberkesanan habbatus sauda.


# fakta sebenar tentang peratus keberkesanan rawatan kanser, dari hospital ternama luar negara.


P/S : sekiranya anda rasa ilmu ini boleh bermanfaat untuk orang lain, digalakkan SHARE link ini :-
http://rawatankanser2013.blogspot.com/ "

11 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. :)
      bagus juga tu...mungkin jika digabungkan dengan ramuan ubati kanser yang saya ada, in shaa Allah, mungkin lebih cepat nampak kesannya.
      terima kasih atas cadangan anda.

      Delete
  2. macamane nk contact tuan? bleh share caranya?
    email sy please - nikasraf.fx@gmail.com
    trima kasih

    ReplyDelete
  3. segala urusan melalui google mail saya,tuan.
    terima kasih kerana bertanya.
    ~perubatankhalifah@gmail.com

    ReplyDelete
  4. Perkongsian yg amat berguna..

    ReplyDelete
  5. Salam, saya ada emel mohon share ramuan rawatan kanser tapi tak berbalas lagi.

    ReplyDelete
  6. hampir 50% pesakit diabetes atau kencing manis tidaksedar bahawa mereka menghidap penyakit tersebut. Mereka hanya sedar bila keadaan sudah menjadi serius. Jika anda ada tanda seperti kerap dahaga dan luka lambat sembuh, sila buat pemeriksaan kesihatan di klinik. Rawatan peringkat awal penyakit lebih mudah berbanding peringkat kronik. Untuk kawal penyakit, kurangkan makanan manis, minuman bergula tinggi, tambah sayur dalam dalm hidangan dan lakukan senaman secara berterusan.

    ReplyDelete
  7. maaf post comment kt sini, sbb page yg sy nk comment xde link utk tulis comment. sy merujuk pd artikel
    http://rawatankanser2013.blogspot.my/2013/10/rawatan-kanser-berdasarkan-kisah-benar.html

    maaflah, tp sy rs kurang sesuai utk tuan nk caj rm10 utk maklumat yg tuan sdri dpt free atas nama kemaslahatan umum. Mcm nk ambil kesempatan pula, pn belum tentu info yg dibeli tu mujarab. Boleh xde masalah utk minta umum menderma tp biarlah yg menderma menilai sdri brp yg nk didermakan setelah perkongsian dibuat secara ikhlas. Itu pendapat sy, tq

    ReplyDelete