Popular Posts

Monday, September 7, 2015

Mudahnya Menjemput Rezeki

TAJUK BUKU : MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

Mudahnya Menjemput Rezeki, itulah tajuk yang diberikan pada buku hasil tulisan saudara Fathuri Salehuddin.

Mungkin ada sesetengah dari kita yang pernah mendengar tentang buku ini, yang mula menjadi fenomena di kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Agak sukar didapati di kedai, tetapi amat berharga untuk dimiliki.
Inilah komen jujur dari saya tentang hasil tulisan saudara se-Islam kita ini.

Saya mula mengetahui tentang kewujudannya sejak dari bulan 4, tahun 2013, tapi buat tak tahu sahaja, kerana menganggap ianya sama sahaja dengan berpuluh-puluh buku bisnes yang pernah saya baca.
Yup, saya mengaku, agak banyak buku tentang bisnes yang saya baca, dan secara asasnya menceritakan perkara yang hampir sama.

Tetapi sejak pertama kali membaca muka surat pertama buku ini, hati ini tersentuh dengan gaya penyampaian penulis yang begitu berhikmah menyampaikan ilmu Allah yang ada padanya.
Segala yang saya pernah baca tentang 'mencari duit', bisnes, simpanan dan pelaburan, semuanya kini seolah-olah di'reset' semula.
Seolah-olah tersedar dari mimpi, betapa dunia ini telah mengaburi kita mengenal hakikat tentang rezeki yang Allah kurniakan.

" Tahukah anda, untuk mendapat rezeki sememangnya sangat mudah apabila kena caranya? Malah, sumber datangnya tidak disangka-sangka.
Mudahnya Menjemput Rezeki merungkai rahsia mudah untuk mendapat rezeki. 
Ia dikongsi oleh penulis yang telah mengalami 'peristiwa mendapat rezeki' daripada Maha Pemberi Rezeki dengan mekanisme yang tertentu. 
Ikutilah rahsianya ! "




Agak sukar untuk mencari buku ini, malah saya sendiri agak lama juga baru dapat berjumpa kedainya. Itupun, keesokan harinya, buku ini telah habis dijual. Ingatkan bolehlah dihadiahkan pada anak maklang saya sempena kelahiran anaknya yang pertama nanti.
Mungkin pembaca di luar sana juga menghadapi masalah yang sama.

Sayang rasanya bila buku sebaik ini, yang mengajar kita menjemput rezeki seperti yang telah diajarkan Allah melalui al-Quran dan hadis ini, tidak sampai kepada umat islam yang lain. Kaedahnya yang ditulis di dalamnya telah terbukti benar dan berkesan.

Malah, ianya mula menjadi fenomena apabila dijadikan hadiah di majlis-majlis besar, majlis perkahwinan dan yang seumpamanya.
Kita mengajak manusia melakukan kebaikan, maka pahalanya juga dapat pada kita, rezeki juga bertambah.

Bagi sesiapa yang ingin saya tolong belikan buku Mudahnya Menjemput Rezeki ini di tempat saya, bolehlah e-mail saya dan saya akan berikan maklumat lanjut.


*********************************************************************************

# sila dapatkan e-book percuma tentang kajian UTM SKUDAI, JOHOR terhadap habbatus sauda. Link download----http://bit.ly/1uLfp6D


# sedikit testimoni dari salah satu forum Malaysia tentang keberkesanan habbatus sauda.


# fakta sebenar tentang peratus keberkesanan rawatan kanser, dari hospital ternama luar negara.


P/S : sekiranya anda rasa ilmu ini boleh bermanfaat untuk orang lain, digalakkan SHARE link ini :-
http://rawatankanser2013.blogspot.com/ "

1 comment: